projek tenaga mikro hydro

TURBIN POND & SWIRL

Setelah 17 tahun dalam bidang pemuliharaan tenaga bahan api fosil, Abhitech telah memutuskan untuk menceburi perniagaan tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.

Selepas kajian terperinci berkaitan kuasa hidro yang terdapat di negara ini, ianya mendapati bahawa terdapat banyak tenaga dalam air yang mengalir. Terdapat banyak pembekal dalam bidang projek kuasa hidro mega dengan adanya high-head (secara semula jadi yang ada atau buatan manusia) di mana sejumlah besar tenaga elektrik dihasilkan daripada kuasa hidro. Walaubagaimanapun, Abhitech telah mengambil pendekatan yang berbeza dan mengikat hubungan dengan universiti terkemuka seperti Brno University, Czech Republic, untuk penjanaan elektrik, dengan low water heads (2-3 meter). Turbin yang direka khas untuk beroperasi pada kecekapan yang lebih tinggi dengan low head, adalah pencapaian seni teknologi buat Abhitech, dengan kerjasama Universiti Brno. Antara projek-projek yang sedang dalam perlaksanaan di beberapa tempat di negara ini, akan melibatkan turbin berkeupayaan elektrik 25 KW. Abhitech terutamanya menggunakan konsep BOT (Build, Operate & Transfer) untuk membina keyakinan buat para pelanggan bagi kuasa hidro mikro. Unit Demo akan dipasang dalam masa terdekat, dan boleh didapati untuk paparan tidak lama lagi.

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search